Pemerintah harus mempergiatkan usaha bagi memastikan pengundi faham yang mereka tidak boleh menganggap Pilihan Raya Umum akan datang sebagai satu pilihan raya kecil semata-mata, kata Menteri Kanan yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Lee Hsien Loong.
Ini lebih-lebih lagi dalam mendekati golongan segmen pengundi yang ingin melihat lebih ramai anggota pembangkang, tetapi masih mahu PAP untuk memerintah...





