Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah melancarkan pensijilan Perusahaan Milik Muslim yang diperbaharui pada 22 November, yang kini diperluas untuk merangkumi perniagaan di luar sektor makanan dan minuman (F&B) serta memperkenalkan kriteria baru.
Dikenali sebagai pensijilan Perniagaan Milik Muslim sebelum ini, pensijilan diperbaharui itu kini mempunyai kriteria yang memerlukan usahawan Muslim mempunyai sekurang-kurangnya 51 peratus pemilikan dalam perniagaan...





