Sebut sahaja nama pelakon sasa Malaysia, Zul Ariffin, ramai yang mengaitkan bintang itu dengan filem aksi seperti, Sangkar dan Sheriff: Narko Integriti.
Bagaimanapun, apabila anda menyaksikan Zul, atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, 38 tahun, dalam filem seram komedi, Don Dukun, yang kini ditayangkan di pawagam Malaysia dan Singapura, pastinya tercuit hati anda dan tertanya-tanya mengapakah beliau mencuba watak sebagai dukun...





