RIO DE JANEIRO (Brazil): Singapura perlu realistik dan menyesuaikan diri dengan pembentukan perdagangan antarabangsa semasa, sedang ia terus menjalin kerjasama dengan negara-negara yang berfikiran serupa, kata Perdana Menteri Encik Lawrence Wong pada 19 November.
Ini bermakna mengeratkan lagi hubungan dengan negara-negara Asean dan berganding bahu dengan kumpulan serantau lain, seperti blok Mercosur di Amerika Latin, kata Encik Wong kepada pemberita...





