Jawatankuasa Pemandu Budaya dan Tingkah Laku Insurans (ICCSC) telah mengeluarkan pelan tindakan baru yang bertujuan mengukuhkan kepercayaan dalam industri insurans Singapura.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 14 November, ICCSC berkata pelan tindakan itu menggabungkan pandangan daripada Kajian Penunjuk Amanah Insurans (Itis) 2024, yang meninjau seramai 3,044 pengguna dan 506 pekerja di Singapura dari Februari hingga April.





