SHAH ALAM (Selangor): Sebanyak 689 paket makanan ringan disyaki mengandungi campuran ganja, bunga ganja, cendawan dan cecair rokok elektronik dianggarkan bernilai RM6.2 juta ($1.87 juta) merupakan antara yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Damansara di sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya menahan seorang lelaki berusia 37 tahun bersama 8.5 kilogram (kg) ganja...





