Singapura dan China mengambil langkah untuk memperbaharui hubungan mereka dan mempertingkat kerjasama dalam bidang seperti perdagangan dan kewangan pada mesyuarat kerjasama dua hala antara kedua-dua negara pada 11 November.
Pada mesyuarat pertama Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) sejak Encik Lawrence Wong menjadi Perdana Menteri (PM) Singapura pada Mei, penekanan diberikan kepada kemajuan dan kesinambungan, meskipun telah berlaku peralihan...





