RIYADH: Menjelang dua minggu pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, diwawancara oleh saluran televisyen Al Arabiya yang dimiliki oleh Arab Saudi dan memuji Putera Mahkota Arab Saudi, mengatakan bahawa beliau adalah seorang yang “berpandangan jauh” dan seorang “rakan”.
Sementara itu, pesaing Encik Trump dalam pilihan raya, Naib Presiden, Cik Kamala Harris, tidak memberi sebarang wawancara kepada media antarabangsa...





