JAKARTA: Presiden Prabowo Subianto akan berusaha memajukan kepentingan negara semasa lawatannya ke luar negara apabila beliau dijadualkan menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) dan Kumpulan G20 serta melawat beberapa negara.
Dalam siri lawatannya itu, beliau akan menghadiri Sidang Puncak Apec di Peru dan Sidang Puncak G20 di Brazil, dan meneruskan lawatan negara ke China, Amerika Syarikat dan United Kingdom.





