KUALA LUMPUR: Seekor kucing jalanan dari Malaysia bernama Baby, berjaya mencuri perhatian dunia apabila dinobatkan sebagai juara dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa yang diadakan di Oslo, Norway, pada 3 November.
Kucing betina berusia sembilan tahun milik pasangan suami isteri, Encik Shaharudin Shuib dan Cik Rooaida Mohd Darus itu yang mewakili Malaysia, berjaya memikat hati juri dengan kejinakan, ketenangan, dan sifat manja...





