Bas mini dan kenderaan logistik pandu sendiri mungkin mula beroperasi di jalan raya Singapura tidak lama lagi, berikutan langkah negara ini memperluaskan penggunaan teknologi kenderaan autonomi (AV) di jalan raya.
Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, berkata pihak berkuasa akan memberi tumpuan kepada dua jenis kenderaan itu dalam waktu terdekat, kerana ia boleh digunakan dalam bilangan yang besar sepanjang laluan...





