Encik Donald Trump mencipta sejarah apabila kembali memenangi jawatan presiden Amerika Syarikat setelah ditewaskan empat tahun lalu, mencatatkan kemenangan luar biasa yang membuktikan daya tarikan politiknya dalam kalangan rakyat Amerika.
Pada usia 78 tahun, Encik Trump meraih lebih daripada 270 undi Badan Perwakilan Pemilih yang diperlukan untuk kembali ke Rumah Putih, dengan keputusan rasmi menunjukkan beliau kini mendahului 279 undi...





