Satu lagi detik indah bersejarah bagi Maximilian Maeder apabila beliau menjadi pelayar Singapura pertama dinobatkan sebagai Pelayar Muda Terbaik Dunia.
Bergaya dengan sut hitam, kemeja putih dan tali leher berwarna perak, atlet luncur lelayang, atau kitefoil, berusia 18 tahun itu menerima anugerah tersebut daripada Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, di majlis Anugerah Sukan Kapal Layar Dunia di...





