KUALA LUMPUR: Soket mengecas telefon bimbit yang terdapat di dalam bas ekspres, persiaran dan pelancongan, tidak termasuk dalam senarai pemeriksaan keselamatan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Malaysia (Puspakom).
Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Encik Mahmood Razak Bahman, memberi penjelasan itu susulan kes kematian seorang remaja berusia 18 tahun, yang dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya pada soket pengecas yang terdapat...





