Dua penyokong Geylang International, sebuah pasukan Liga Perdana Singapura (SPL), telah didenda selepas mereka mengaku gunakan kata-kata perkauman terhadap penyerang Tanjong Pagar United, Salif Cisse semasa perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) pada 19 Julai.
Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata dalam satu kenyataan pada 4 November bahawa kededua penyokong itu dilarang daripada menghadiri perlawanan SPL dari Julai hingga 30 September...





