KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sudah melakukan persiapan sepanjang tahun bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula 5 November.
Ketua Pengarah Nadma, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata persiapan itu membabitkan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), komuniti dan setiap lapisan masyarakat.





