JAKARTA: Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur, meletus pada malam 3 November, menyebabkan kematian sekurang-kurangnya sembilan orang dan memaksa pihak berkuasa untuk memindahkan penduduk di beberapa kampung berhampiran.
Letusan itu berlaku pada 11.57 malam waktu tempatan, memuntahkan lahar, abu gunung berapi dan batuan pijar ke udara, kata Encik Hadi Wijaya, jurucakap Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi...





