AMPANG JAYA (Selangor): Sebuah kereta Proton Saga terjatuh ke dalam tebing selepas berlaku tanah runtuh di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah, Ampang Jaya pada pagi 4 November.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Mohd Azam Ismail, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 4.35 pagi, sebelum anggota ke lokasi bersama pasukan bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya...





