Satu inisiatif baru yang menyediakan program latihan dan kelas keagamaan secara percuma atau bersubsidi kepada benefisiari paling memerlukan bakal dilancarkan Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA) menjelang suku pertama 2025.
Inisiatif yang diberi nama Hab Pendidikan Ihsan itu bertujuan meluaskan skop perkhidmatan dan program MTFA, umum Presiden MTFA, Encik Abdul Rahman Mohd Hanipah.





