Sebagai ibu kepada empat anak yang berusia antara empat dengan lapan tahun, Cik Nurazlina Hamadi, 29 tahun, mendapati sukar untuk menyara kehidupan keluarganya dengan hanya bergantung kepada pendapatan beliau sebagai penolong pendidik awal kanak-kanak.
Justeru, untuk mendapatkan pendapatan sampingan, beliau yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan, memutuskan untuk mengambil bahagian dalam program perniagaan mikro, myimpact, yang dilancarkan oleh Maybank Singapura...





