Selepas enam tahun perbicaraan, bekas perdana menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, yang berdepan 25 tuduhan kes salah guna kedudukan dan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion ($690 juta), diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian pada 30 Oktober selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie (cukup...





