Pemain BG Tampines Rovers, Milos Zlatkovic, mungkin disenaraikan sebagai pemain pertahanan dalam senarai pasukan, tetapi persembahannya menunjukkan beliau menawarkan lebih daripada itu kepada Stags.
Pada 29 Oktober, pemain Serbia itu memberikan sumbangan penting di kedua-dua hujung padang, menjaringkan gol kedua dan membantu mengekalkan ‘clean sheet’ apabila BG Tampines mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Geylang International dalam Liga Perdana Singapura (SPL)...





