Bayangkan suatu hari kelak, rakyat Singapura dapat menghidupkan peralatan elektrik di rumah dengan menggunakan bekalan elektrik yang dijana tenaga lebih bersih dan mampan keluaran sebuah syarikat kendalian Singapura.
Tambahan pula, teknologi tersebut juga membolehkan isi rumah menikmati bil elektrik yang lebih rendah di samping mengurangkan pergantungan negara pada bahan api fosil dalam usaha menyokong matlamat Singapura mencapai pelepasan karbon sifar...





