KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan mengenai dakwaan kewujudan kumpulan yang menjalankan aktiviti pengantunan (grooming) seksual kanak-kanak di media sosial.
Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan dilakukan selepas menerima maklumat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 25 Februari lalu.





