KUALA KRAI (Kelantan): Seekor ular sawa batik dianggarkan sepanjang tujuh meter dan seberat 240 kilogram (kg) berjaya ditangkap selepas membaham seekor ibu dan dua anak kambing milik penduduk di Kampung Ngangah, Kuala Krai, Kelantan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Encik Nik Ahmad Afsham Nik Pa, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan daripada seorang penternak pada 7.15 pagi, 27...





