Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel (Chogm) dari 25 hingga 26 Oktober di Apia, Samoa, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 22 Oktober.
Dalam kenyataan itu juga MFA menyatakan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Komanwel mengenai Negeri-Negeri Kecil (CMMSS) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Ehwal...





