Kira-kira 14,000 rumah baru akan dibina di Sembawang North dan Woodlands North Coast pada 2025, untuk membantu memenuhi permintaan perumahan berterusan rakyat Singapura, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.
Mengumumkan rancangan itu pada Majlis Anugerah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 22 Oktober, Encik Lee berkata projek-projek tersebut sebahagian usaha pemerintah menyediakan bekalan rumah mampu milik yang cukup besar...





