Keppel telah menandatangani dokumen perjanjian pembekalan bersyarat dengan Woodside Energy, pemaju minyak dan gas terbesar di Australia, untuk pembekalan dan pembelian hidrogen cecair, atau liquid hydrogen, bagi menjana kuasa pusat data Keppel di Singapura.
Keppel berhasrat bekalan hidrogen cecair itu dapat membentuk sebahagian daripada kumpulan kuasa rendah karbon berskala utiliti jangka panjang yang lebih besar, yang sedang dibina oleh Keppel...





