Seorang bekas kader Parti Pekerja (WP) Encik Yudhishthra Nathan, menjadi saksi ketiga dalam perbicaraan Setiausaha Agung WP, Encik Pritam Singh, selepas pihak pembelaan menamatkan soal balas terhadap bekas kader WP, Cik Loh Pei Ying, pada 18 Oktober, hari kelima perbicaraan.
Dalam keterangannya, Encik Nathan berkongsi peranannya sebagai setiausaha jawatankuasa yang menganjurkan acara akar umbi di GRC Sengkang berikutan kemenangan WP...





