Tempias pandemik Covid-19 terhadap program seni, rutin operasi dan peluang pekerjaan yang disediakan kumpulan seni dan budaya Melayu setempat memang tidak dapat dinafikan. Dalam dialog Zoom anjuran Berita Harian yang disertai Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad dan 10 wakil kumpulan seni minggu lalu, pelbagai keprihatinan diluahkan. Antaranya ialah bagaimana kumpulan seni beroperasi sebagai entiti bisnes...





