PENGGUBAH lagu dan penyanyi Reyza Hamizan, yang dikenali kerana banyak menghasilkan runut bunyi drama di sini dan seberang Tambak, kini gigih mengalihkan kerja seninya dalam format digital.
Sejak pulang ke Singapura beberapa bulan lalu selepas pandemik Covid-19 melanda dan studio muzik serta jamming 6 Strings Studio di Taman Connaught sekitar Cheras di Kuala Lumpur tidak dapat beroperasi, projek digital tumpuannya.





