SINGAPURA akan terus melabur dalam kesihatan dan sains bioperubatan sedang negara ini mencapai kemajuan baik dalam bidang itu, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.
Berkata demikian semasa membentangkan pelan penyelidikan, inovasi dan perusahaan Singapura bagi tempoh lima tahun akan datang, beliau berkata pandemik Covid-19 sekarang menunjukkan pentingnya membangunkan pemahaman yang lebih mendalam tentang ancaman kepada kesihatan manusia.





