KEKELIRUAN timbul setelah lesen restoran beriani terkenal, Islamic Restaurant, dikatakan digantung dua minggu kerana gagal memastikan kawasannya bersih tetapi restoran di North Bridge Road masih beroperasi seperti biasa.
Menyusuli pemeriksaan Berita Harian (BH), didapati bahawa restoran itu kini beroperasi dari premis baru, yang terletak beberapa unit dari premis lama yang digantung lesennya itu, juga di North Bridge Road.





