Walaupun skim sokongan kewangan akan datang untuk golongan yang menganggur bakal menampung kira-kira enam daripada 10 pekerja sedemikian, Menteri Tenaga Manusia (MOM), Dr Tan See Leng, tidak menolak kemungkinan untuk memperluaskan lagi inisiatif itu.
Dalam temubual podcast bersama The Straits Times (ST), beliau berkata pemerintah akan menyemak data pasaran pekerja suku tahunan untuk menilai kesan Skim Bantuan Pencari Kerja SkillsFuture...





