Lebih pekerjaan akan ditawarkan sempena pembukaan laluan MRT Thomson-East Coast (TEL) mulai tahun ini hingga 2024, kata Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi SMRT, Encik Lee Ling Wee. Digelar sebagai 'sunrise industry,' beliau mengatakan bahawa perindustrian rel yang pesat berkembang bakal menawarkan peluang pekerjaan yang menarik bagi mereka yang baru sahaja tamat pelajaran atau mereka yang ingin menukar pekerjaan di pertengahan kerjaya....





