PEMAIN hoki kebangsaan, Siti Nur Raihanah Waled, mengalami kecederaan kepala sehingga menyebabkan badan, kaki serta jari-jemarinya berasa kebas.
Pemain berusia 24 tahun itu, yang mewakili Kelab Hoki Vanquishers, bertembung dengan pemain lawan semasa kalah 1-4 menentang Kelab Hoki Crescent dalam perlawanan Liga Kebangsaan Hoki pada Ahad lalu.





