HALANGAN bahasa, persekitaran asing serta cuaca sejuk merupakan antara cabaran yang bakal diharungi pemain muda ini tatkala beliau memulakan lembaran baru dalam kerjaya sukan floorball di Eropah minggu hadapan.
Namun Siti Nurhaliza Khairul Anuar, yang telah berangkat ke Republik Czech semalam, bersedia dan berani menghadapi semua itu demi mengejar impiannya beraksi di liga floorball luar negara.





