DEMI membantu sektor infokom media tempatan merebut peluang industri perkhidmatan yang sedang membangun dengan pesat, beberapa inisiatif telah dilancarkan oleh Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) hari ini. Inisiatif-inisiatif tersebut dirangkumkan di bawah Peta Teknologi Ekonomi Digital (Digital Economy Technology Roadmap) yang dilancarkan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan Encik S Iswaran di acara Hari Industri Digital SG di Pusat Konvensyen Suntec...





