SEORANG pelajar Sekolah Geylang Methodist (Menengah) meninggal dunia selepas ditimpa palang gol semasa kelas pendidikan jasmani (PE) di sekolahnya semalam.
Ketika dihubungi Berita Harian, bapa Allahyarham Muhammad Hambali Sumathi, Encik Sumathi Abdul Hamid, 52 tahun, berkata pengetua sekolah anaknya menghubunginya sekitar 9.50 pagi semalam untuk memberitahu bahawa anaknya terlibat dalam satu kemalangan amat serius di sekolah di Geylang East Central...





