LONDON: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, menggesa penyokong kelab tersebut agar bersabar dengan pemain baru mereka, Eric Bailly, dengan berkata pemain pertahanan itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan di England ekoran pemindahannya dari Sepanyol.
Bailly, pemain pertama yang diambil Mourinho sejak beliau menggantikan Louis van Gaal, menunjukkan persembahan cemerlang bagi United apabila pasukan pelawat itu mengalahkan Wigan...





