NICE (PERANCIS): Sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh selepas sebuah trak merempuh ratusan orang yang sedang menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Bastille di sini hari ini.
Pemandu trak itu berjaya ditembak mati tetapi hanya selepas dia memandu sejauh dua kilometer dan melanggar orang ramai di Promenade des Anglais, mengakibatkan ramai melarikan diri dan mengorbankan ramai yang lain.





