DIHAMBAT masalah kecederaan untuk sebahagian besar tahun ini, penyerang utama skuad bola sepak nasional, Khairul Amri, ghairah menantikan "pertarungan tahap tinggi" apabila menyertai lawatan latihan pasukan negara selama sembilan hari ke Jepun mulai Ahad ini.
Bintang berusia 31 tahun itu adalah antara 25 pemain yang dinamakan jurulatih nasional, V. Sundramoorthy, bagi tiga perlawanan ujian di Jepun sebelum mengakhiri latihan khemah...





