SINGAPURA dan Malaysia akan mempergiat dialog antara kementerian bagi bertukar maklumat dan membincangkan isu berkaitan air di kededua negara.
Demikian dinyatakan dalam pertemuan antara Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, di mesyuarat antara kedua-dua kementerian mereka kelmarin.





