KUALA LUMPUR: Kabinet Malaysia menolak cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mahu memperkenal penggunaan visa buat warga Timur Tengah yang memasuki Malaysia.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan menyeluruh dilakukan dalam mesyuarat Kabinet semalam.





