DAYA usaha Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Chong Pang di Yishun mendorong orang ramai menyertai peraduan menulis cerpen anjuran Berita Harian dengan mengadakan bengkel penulisan kelmarin mendapat sokongan baik.
Bengkel selama dua jam bimbingan sasterawan mapan Cikgu Ishak Latiff itu menarik penyertaan sekitar 30 peserta - bukan sahaja golongan pelajar yang termasuk dari Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, malah pencinta...






