LYON: Armando Sadiku menjaringkan gol pertama Albania dalam sebuah kejohanan utama dalam kemenangan bersejarah 1-0 ke atas Romania pada Ahad (19 Jun), untuk menghidupkan peluang tipis mereka layak ke peringkat kalah mati 16 pasukan Euro 2016.
Sadiku menanduk masuk gol tunggal permainan di Lyon selepas 43 minit untuk membuat Albania, yang menyertai kejuaraan Euro buat kali pertama, menunggu cemas apakah...






