KUALA LUMPUR: Bekas juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov, membuka pintu kem latihan terkenalnya di Dagestan kepada atlet muay thai remaja Malaysia, Johan ‘Jojo’ Ghazali Zulfikar, dengan menawarkannya peluang keemasan mengasah kemahirannya di bawah jurulatih terbaik.
Khabib, yang kagum akan bakat anak muda kelahiran Sarawak itu, bukan sahaja memuji Johan sebagai seorang yang berbakat, malah menyokong rancangannya beralih daripada muay thai...





