Presiden Republik Korea (Korea Selatan), Encik Yoon Suk Yeol, akan berkunjung ke Singapura bagi satu lawatan negara dari 7 hingga 9 Oktober 2024, atas undangan Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Kementerian Ehwal Luar (MFA), dalam satu kenyataan pada 6 Oktober, berkata lawatan Presiden Yoon mengesahkan hubungan yang sangat baik antara Singapura dengan Korea, lantas menyediakan peluang baik untuk kedua-dua pihak membincangkan cara...





