Sistem lampu pintar yang kini digunakan bagi menerangi jalan raya di serata Singapura akan dipasang di sepanjang laluan pejalan kaki, laluan berbasikal, jejatas serta perhentian bas dan teksi menjelang pertengahan 2025.
Sepanjang 2023, semua lampu jalan di Singapura – lebih 110,000 daripadanya – boleh dihidup dan dimatikan dari jauh sebagai tindak balas mengikut keadaan cuaca dan perubahan keperluan lampu jalan...





