Lebih 950,000 isi rumah warga Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat U-Save dan Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) pada Oktober.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada 30 September berkata rebat itu, yang merupakan sebahagian daripada skim Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GSTV) kekal dan Pakej Jaminan, adalah pembayaran suku tahunan ketiga bagi...





